Akaun pastihuluselangor.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

SEDEKAH JUMAAT TABUNG MUSA'ADAH PENDIDIKAN PASTI

SEDEKAH JUMAAT TABUNG MUSA'ADAH PENDIDIKAN PASTI

 MARI RAIH GANJARAN BERSEDEKAH DI HARI JUMAAT

UNTUK TABUNG MUSAADAH PENDIDIKAN PASTI 


"Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain"

[Ibnu Qayim dalam Zaadul Ma'ad]



Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) ialah sebuah institusi yang menjalankan aktiviti pendidikan awal (prasekolah) berteraskan Islam bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia. 


Terdapat 24 buah PASTI di Hulu Selangor dengan 105 muallimah atau guru serta lebih kurang 1300 orang murid.


Antara objektif pendidikan PASTI : 

Menyediakan proses Pendidikan awal yang berorientasikan sistem Pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.

 

1. Mendidik jiwa dan akal anak-anak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.

2. Membimbing anak-anak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderung melakukan makruf serta meninggalkan mungkar.

3. Melatih anak-anak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, doa dan zikir.

4. Memberi pengetahuan kepada anak-anak asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal. 





KE MANA SUMBANGAN ANDA DISALURKAN?


1. Kebajikan warga PASTI

2. Pengurusan dan pentadbiran

3. Aktiviti dan program







BERAPA DIPERLUKAN?



Kami menyasarkan sebanyak RM20,000 sahaja setahun bagi Infak Pendidikan PASTI


“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." - Riwayat Muslim 



Antara PASTI di Hulu Selangor




Di PASTI anak-anak diajar untuk mendirikan solat dan asas-asas fardu ain yang lain.




Antara bentuk sumbangan yang disalurkan kepada warga atau guru PASTI yang memerlukan.




BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG? 

Untuk memudahkan tuan/puan membuat sumbangan, pihak kami telah menyusun dan menawarkan pakej tajaan seperti berikut:

  • PAKEJ A :  SEDEKAH JUMAAT PASTI (RM100)
  • PAKEJ B :  SEDEKAH JUMAAT PASTI (RM50)
  • PAKEJ C :  SEDEKAH JUMAAT PASTI (RM30)
  • PAKEJ D :  SEDEKAH JUMAAT PASTI (RM10)


Semoga sumbangan tajaan tuan/puan dengan niatini diganjari dengan saham pahala yang berpanjangan, kelapangan pintu rezeki dan kesihatan yang baik dari Allah SWT. 


Untuk Sumbangan Secara Terus Boleh Bank Transfer / CD - Online Transfer/CDM Melalui Akaun Di Bawah 

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nama : PASTI Hulu Selangor
No Akaun :  12207010014081


Letakkan Reference/Remark : "Dana" untuk mudah kami semak transaksi sumbangan


Untuk maklumat lanjut berkaitan, boleh hubungi,

PASTI HULU SELANGOR : 011 -  6290 9229

"PASTI CEMERLANG, ISLAM GEMILANG"


LIKE |FOLLOW |SHARE



Pemberitahuan: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD selepas pembayaran dibuat. Toyyibpay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.